Comel! Pujukan Anak Izara Aishah Curi Tumpuan – “Mama Please, Please Mama!”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang menunjukkan pelakon Izara Aishah sedang merakam gelagat anak sulung, Irisa Alaia yang sedang merayu.

Menerusi hantaran tersebut, Irisa sedang memujuk Izara menggunakan suara yang comel.

“Mama please, please. I love you mama, please mama,” pujuk Irisa di dalam video tersebut.

“Don’t grow up please anak,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak keruan memuji tahap kecomelan Irisa itu dan turut memuji kecantikannya itu mirip seperti ibunya.

“Kecik-kecik dah cantik macam mommy dia.

“Bibir pink sangat comel princess macam mummy.

“Comel dan cute anak Izara.

“Her lips like her mummy.

“Comey pandai mujuk tu,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya meraih sebanyak 359,000 tontonan dan lebih 44,000 tanda suka.

Dharnieya Nur Amelsa