Ibu Muat Naik Foto Ketika Tunai Umrah, Ramai Terubat Rindu Tengok Ameera Khan – “Ameera Betul-Betul Jaga Pandangan Dia”

Sebelum ini tular dakwaan mengenai dakwaan bahawa adik kepada selebriti Neelofa, Ameera Khan kini tampil dengan imej baharu yang lebih sopan.

Terbaharu, nama Ameera Khan sekali lagi menjadi bualan warganet di media sosial apabila ibunya, Datin Noor Kartini memuat naik beberapa foto dan video bersama Ameera di Tanah Suci Makkah.

Menerusi muat naik itu, Ameera dan ibunya dilihat mengenakan jubah sedondon ketika menunaikan ibadah umrah.

Biarpun foto yang dimuat naik itu tidak memaparkan wajah penuh Ameera, namun rata-rata warganet memuji imej Ameera yang kelihatan cantik.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut sudah pun mencecah 44,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

Hasil pemerhatian XTRA di ruangan komen perkongsian itu, ramai tampil memberi komen pada dua beranak itu dengan mengatakan penampilan Ameera sangat cantik.

Malah, ramai juga warganet meluahkan rasa rindu pada Ameera sejak pempengaruh itu mengambil keputusan untuk berehat dari media sosial.

Julai lalu, Neelofa memberitahu Ameera kini sedang berehat untuk mencari haluan dirinya dan mendalami ilmu agama.

 

Khairil Khusyairi