Empat Peguam Pemerhati TMJ Dibenarkan Ikuti Kes Perbicaraan #JusticeForBella

Selepas perbincangan diantara Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che Puan Khaleeda bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun pada Selasa, hari ini Mahkamah Sesyen telah membenarkan permohonan empat peguam yang dilantik TMJ untuk bertindak sebagai peguam pemerhati dalam perbicaraan #JusticeForBella.

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan perkara demikian selepas peguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat memaklumkan beliau dan tiga lagi peguam telah dilantik untuk menjadi peguam pemerhati bagi pihak Bella.

“Kami juga akan memohon untuk hadir sebagai amicus curiae (sahabat mahkamah) bagi pihak anakanda Bella selain memohon mendapatkan transkrip rakaman mahkamah (CRT) untuk meneliti perbicaraan sebelum ini,” katanya.

Selain Khairul Anwar, tiga lagi peguam pemerhati itu ialah Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman.

Sementara itu, Izralizam juga akan mempertimbangkan permohonan peguam berkenaan bagi mendapatkan CRT.

Terdahulu, Tunku Ismail berkenan mengemukakan tiga cadangan kepada kerajaan bagi memastikan kes penderaan seperti kes Bella tidak lagi berulang selepas mengadakan pertemuan dengan Rina di Royal Johor Polo Club di Johor Bahru.

ARTIKEL BERKAITAN:#JusticeForBella: Rina Harun Sedia Menghadap TMJ

ARTIKEL BERKAITAN:#JusticeForBella: Terima Menghadap Rina Harun, TMJ Cadang Pinda Undang-Undang & Hantar 4 Wakil Peguam Pemerhati

ARTIKEL BERKAITAN:#JusticeForBella: TMJ Perjuang Nasib Bella, Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma – “Saya Telah Berhubung & Berbincang Dengan…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Muak Dan Bosan Dengan Pengecut Ini!’- Che Puan Khaleeda Tampil Pertahan #JusticeForBella

 

Sumber: BH

Salma Syahbuddin