Zul Ariffin Hadiahkan SUV Mewah Kepada Bekas Kekasih

Baru-baru ini pelakon lelaki terkenal, Zul Ariffin telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta utiliti sukan (SUV) mewah kepada bekas kekasihnya yang juga merupakan sahabat baiknya, penerbit Gayatri Su-Lin Pillai.

Menerusi hantaran Instagram milik Gayatri, dia telah memuat naik sebuah video yang memaparkan sebuah kereta mewah berwarna hitam yang dihadiahkan kepadanya.

“Words escape me (for once in my life!), never imagined I would get such a sweet, wonderful gift such as this, ever!

“Thank you Zul Ariffin from the bottom of my heart.” tulis Gayatri dalam hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis seperti Liyana Jasmay, Zalif Sidek dan Nabila Huda mengucapkan tahniah dan memberi emoji berbentuk hati kepada Gayatri.

Zul juga meninggalkan komen dan emoji berbentuk hati di ruangan komen tersebut.

Terdahulu, Zul dan Gayatri pernah menjalinkan hubungan cinta sejak 2013 namun hubungan tersebut putus selepas tiga tahun.

Walaubagaimanapun, hubungan mereka ini masih menjadi bualan hangat kerana mereka masih mempunyai hubungan yang rapat tambahan pula dengan kejutan yang diterima Gayatri ini.

Atiqah Johari