“Jangan Selalu Makan Pedas Nanti Sakit” – Gadis Hidap Kanser Ovari & Cyst Abaikan Nasihat Ibu

Seorang gadis terpanggil untuk menegur selera makan penggemar masakan pedas yang melebihi had yang sepatutnya kerana ia bakal memberikan kesan kepada kesihatan.

Seorang pengguna TikTok bernama @mrshya berkongsi kepada orang ramai tentang kesan buruk makan masakan pedas.

“Jangan selalu makan pedas nanti sakit.” – Mak

Menerusi video yang dimuat naik itu, ibu kepada gadis terbabit berpesan kepadanya supaya mengawal pengambilan makanan pedas, namun gadis itu tidak mengendahkan nasihat tersebut.

Gadis itu yakin sekiranya dia kerap menikmati masakan pedas, ia tidak akan memberi kesan terhadapnya.

“Ingatkan sakit perut biasa, rupa-rupanya kena kanser ovari dan cyst”

Bagaimanapun, gadis itu silap apabila mendakwa dia hanya sakit perut biasa.

Apabila dia pergi ke hospital, doktor mengesahkan dia kini menghidap kanser ovari selain penyakit cyst.

Ekoran kejadian itu, dia serik dan berpesan kepada orang ramai supaya mengambil iktibar dengan apa yang berlaku ke atas dirinya ketika ini.

@mrshya

ujian daripada Allah ☺🤲. #fyp #viral #fypシ #cyst

♬ original sound – Sam Arrow

Marcella