#JusticeForBella: Doktor Perjelas Kesan Lecur Dikedua Tangan Bella Berpunca Dari Tumpahan Air Panas

Kes perbicaraan remaja sindrom down yang dikenali sebagai Bella kembali berlangsung setelah dihentikan seketika pada 22 Julai lalu.

Namun kali ini, Mahkamah Seksyen dimaklumkan bahawa kesan lecur yang terdapat pada tangan Bella adalah disebabkan berpunca daripada tumpahan air panas.

Menurut Pakar Bedah Plastik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Salmi Mohamed Shukur, 46, perkara itu diketahui menerusi laporan pegawai perubatan, Dr Sheshadri Sridar, yang merawat remaja terbabit di HKL pada 26 Jun 2021.

ARTIKEL BERKAITAN:#JusticeForBella: Saksi Tukar Kenyataan Atau Putar Belit Fakta? Mengaku Kecederaan Lecur Berpunca Dari Tumpahan Air Termos Bukan Dari Penapis Air

ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Pemerhati Kesan Perkara ‘Kurang Harmoni’ Dalam Kes Perbicaraan #JusticeForBella – Kelibat Berdiri Tiap Malam Bukan Hantu, Tapi…

Sementara itu, saksi pendakwaan ke-15 itu juga berkata, ia susulan daripada laporan ketika beliau berjumpa Bella yang pada ketika itu sedang  ditempatkan di Wad 15 (wad rawatan Covid-19) kira-kira pada jam 11 pagi pada hari sama untuk pemeriksaan lanjut.

“Saya melihat ada dua kawasan luka masing-masing di tangan kanan dan kiri yang mana tangan kiri melecur satu peratus manakala tangan kanan melecur 0.5 peratus.

“Mengenai kedalaman kelecuran pula, disebabkan dia (Bella) datang (ke hospital) dengan keruping dan saya lihat tisu merah dah naik, jadi berdasarkan pengalaman kedalaman kelecuran itu adalah dua darjah.

“Bukan sekadar tengok saiz luka dan kedalaman luka kelecuran, kita juga kena tahu punca kelecuran dan tempoh masa kejadian. Saya difahamkan kemungkinan disebabkan air panas. Apabila saya tanya Bella dia tidak bercerita apa yang berlaku dan saya tak nak paksa dia,” katanya.

Malah, beliau juga memaklumkan pada ketika itu keadaan Bella dilihat seakan-akan tidak gembira apatah lagi, ketika menerima rawatan tersebut beliau menangis dan terpaksa dipegang oleh pegawai perubatan.

“Semasa dirawat kita (pegawai perubatan) terpaksa memegang tangan Bella. Dia menangis bila kita pegang tangan… Dia (Bella) tidak happy (gembira) mungkin sakit sebab itu Bella menangis,” jelasnya.

Susulan keterangan itu, Timbalan Pendakwa Raya bagi kes melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali iaitu, Nor Azizah Mohamad memohon, Dr Salmi melihat kesan lecur di tangan Bella yang turut hadir pada prosiding mahkamah hari ini bagi proses pengecaman.

“Tangan kanan ada parut yang sudah matang sebab kurang merah berbanding asal sebab dulu tebal. Tangan kiri pula parut masih merah dan tebal.

“Parut itu masih memerlukan rawatan. Dari segi penjagaan, ia bagus setakat ini,” jelasnya.

Difahamkan, perbicaraan kes Bella masih berlangsung bagi sesi petang.

Terdahulu, peguam yang memantau perbicaraan kes membabitkan pengasas rumah kebajikan, Rumah Bonda iaitu, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur turut menggesa agar, pihak berkuasa menyiasat dakwaan seksual yang timbul di mahkamah pada 22 Julai lalu.

 

ARTIKEL BERKAITAN:#JusticeForBella: Saksi Nafi Bella Jadi Mangsa Amang Seksual Oleh Individu Dikenali Sebagai ‘Ustaz’

ARTIKEL BERKAITAN:Saksi Dedah Nampak Bella Baring Di Lantai Tanpa Alas, Jelas Kesan Lecur Pada Leher.. Ini Update Terbaru #JusticeForBella

ARTIKEL BERKAITAN:#JusticeForBella: Siti Bainun Menangis Lihat Bella Hadir Perbicaraan Mahkamah.. Nampak Bahagia Siap Bagi Mini Love!

ARTIKEL BERKAITAN:“Bella Sudah Cukup Istimewa Dimata Allah, Jadi Kenapa Kita Nak Buat Macam Tu…” – Siti Nurhaliza Akui ‘Terganggu’, Harap Kes #JusticeForBella Diadili Sebaik-baiknya

 

Sumber: BH, Harian Metro

Salma Syahbuddin