“Kenapa Biarkan Anak Tu Dengan..” – Dibawa Bapa Saudara Ke Suatu Tempat, Kanak-Kanak 4 Tahun Kritikal Disyaki Ada Dadah Dalam Badan

Heboh di ruangan media sosial Facebook mengenai sebuah berita daripada Harian Metro yang melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kritikal akibat terdapat kandungan dadah dalam badan.

Kejadian yang berlaku di Kota Kharu, Kelantan itu telah meraih perhatian netizen yang meluahkan rasa berang terhadap nasib menimpa anak kecil itu.

Mengulas lanjut, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun Berkata, mangsa dibawa oleh bapa saudaranya mengakui telah membawa kanak-kanak itu ke suatu tempat.

“Siasatan mendapati kanak-kanak lelaki ini dipercayai dibawa bapa saudaranya ke suatu tempat dan belum dapat dipastikan lagi sama ada mangsa diberikan dadah atau dibiarkan terdedah dengan bahan larangan itu sebelum memasukkannya dalam badan.

“Susulan itu, bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan jam 10 malam tadi dan soal siasat yang dibuat, suspek mengaku membawa anak saudaranya itu ke sesuatu tempat tapi menafikan ada memberinya dadah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

Malah, insiden berkenaan semakin menimbulkan amarah netizen setelah mendapat tahu bahawa suspek, bapa saudara mangsa itu positif dadah jenis methapethamine dan mempunyai rekod lampau bersabit dadah.

Rata-rata netizen memarahi ibu bapa mangsa yang membiarkan anak kecil itu untuk mengikuti suspek yang sebelum ini seorang penagih.

Bagaimanapun, kes masih dalam siasatan dan suspek berusia 30 tahun telah ditahan jam 10 malam Ahad untuk disoal siasat mengenai tindakannya itu.

Sumber: Harian Metro

Foto: Berita Harian

Aqilah Paharuzi