2 Minggu Tanpa Makanan, Kucing Peliharaan Makan Tuan!

Pelik tapi benar, seorang wanita dimakan 20 kucing peliharaan sendiri dan mayatnya ditemui dirumahnya di bandar Bataysk di Rostov Oblast, Rusia.

Memetik laporan Mirror, wanita itu meninggal dunia dua minggu lalu sebelum ditemukan dan telah dimakan kucing daripada baka Maine Coon peliharaannya.

Ketika ditemukan polis, mayatnya dikelilingi kucing-kucing tersebut yang terkenal dengan sifat pasif dan lembut.

Namun, menahan lapar selama beberapa minggu menyebabkan kucing-kucing itu bertindak di luar kawalan untuk bertahan dan terus hidup.

Penyelamat haiwan berkata, kucing itu bertindak memakan tuan mereka kerana tiada makanan dan sangat lapar.

“Kucing-kucing itu dibiarkan selama dua minggu tanpa makanan. Itu kita faham. Mereka makan apa yang ada,” katanya.

Beberapa kucing milik wanita itu yang masih sihat dijual kepada pemilik baru dengan harga GBP (RM165) seekor.

Perkara seperti ini bukanlah isu baru kerana kejadian sama pernah dilaporkan tahun lalu di Madrid, Sepanyol.

Dalam kejadian itu, jiran terpaksa menghubungi polis selepas tercium bau busuk dan mendapati banyak lalat sekitar rumah mangsa.

Mangsa dimakan tujuh kucing dan lima daripadanya ditemukan mati disisi mayat berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Kredit foto: Newsflash

Maya Basir