Categories: Kisah ViralTrending

Mahu Jaga Privasi, Abdur Rahman Mohon Netizen Henti ‘Update’ Berkaitan Kemalangan Keluarga

Remaja yang dikenali sebagai Abdur Rahman, 19, memohon kepada orang ramai untuk tidak lagi membuat kemas kini mengenai kemalangan yang melibatkan keluarganya baru-baru ini.

Kongsinya di TikTok, Rahman meminta orang ramai untuk memahami situasi dan menjaga privasinya.

“Tolong jangan update apa-apa pasal kemalangan yang menimpa pasal keluarga saya lagi yer.

“Lepasni saya mohon untuk semua faham dan jaga privacy saya 🥰🤍” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengirimkan doa buat Rahman dan keluarganya malah meminta sama-sama untuk menjaga sensitiviti.

Terdahulu, gempar satu Malaysia mengenai tragedi sayu yang menimpa Rahman apabila ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan.

Dalam kemalangan tersebut, Rahman kehilangan ibu bapa dan empat orang adik dalam kemalangan yang berlaku di kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada awal September lalu.

Jenazah enam sekeluarga itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong, Johor.

Artikel Berkaitan: Hilang 6 Sekeluarga Dalam Sekelip Mata, Tiz Zaqyah Syukur Niat Melawat Abdur Rahman Tercapai

Atiqah Johari