Netizen Sebak Tengok Kimi Keon Berpisah Dengan Sahabat Selepas Tunai Umrah Bersama

Pempengaruh, Kimi Keon berkongsi momen perpisahan dengan sahabat-sahabatnya setelah usai menyempurnakan ibadah umrah di Makkah.

@kimikeonkimi doakan kepada semua agar berjaya dunia akhirat yaašŸ„ŗā¤ļøā™¬ original sound ā€“ diefarršŸ¦‹

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Tik Tok, mereka saling berjabat tangan dan berpelukan sebelum semuanya pulang menuju ke destinasi masing-masing.

ā€œSemoga bertemu kembali di titik terbaik menurut takdir. Kimi doakan kepada semua agar berjaya di dunia dan di akhirat,ā€ tulisnya

Bukan itu sahaja, Kimi yang tidak dapat menahan sebak mengesat air matanya ketika berpelukan bersama rakan baiknya iaitu Zafir Karipap.

Hasil tinjauan di ruangan komen, warganet menzahirkan rasa sedih mereka melihat video perpisahan tersebut dan mendoakan agar hubungan persahabatan yang terjalin di Tanah Suci Makkah itu berkekalan buat selamanya.

ā€œKami pula yang sedih.

ā€œTersangat indah persahabatan yang dibina di Mekah. Tanah suci jadi saksi persahabatan kalian.

ā€œYa Allah sedih kan nak berpisah bila dah berbelas hari bergelak ketawa dan sedih bersama. Semoga persahabatan berkekalan sampai bila-bila,ā€ tulis netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 141,000 tontonan dan lebih 19,000 tanda suka.

Ā 

Ā Pempengaruh, Kimi Keon berkongsi momen perpisahan dengan sahabat-sahabatnya setelah usai menyempurnakan ibadah umrah di Makkah.

Halimey Zamal