Featured By: Halimey Zamal December 20, 2022 @ 1:44pm

Netizen Sebak Tengok Kimi Keon Berpisah Dengan Sahabat Selepas Tunai Umrah Bersama

Pempengaruh, Kimi Keon berkongsi momen perpisahan dengan sahabat-sahabatnya setelah usai menyempurnakan ibadah umrah di Makkah.

@kimikeonkimi doakan kepada semua agar berjaya dunia akhirat yaašŸ„ŗā¤ļøā™¬ original sound – diefarršŸ¦‹

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Tik Tok, mereka saling berjabat tangan dan berpelukan sebelum semuanya pulang menuju ke destinasi masing-masing.

“Semoga bertemu kembali di titik terbaik menurut takdir. Kimi doakan kepada semua agar berjaya di dunia dan di akhirat,” tulisnya

Bukan itu sahaja, Kimi yang tidak dapat menahan sebak mengesat air matanya ketika berpelukan bersama rakan baiknya iaitu Zafir Karipap.

Hasil tinjauan di ruangan komen, warganet menzahirkan rasa sedih mereka melihat video perpisahan tersebut dan mendoakan agar hubungan persahabatan yang terjalin di Tanah Suci Makkah itu berkekalan buat selamanya.

“Kami pula yang sedih.

“Tersangat indah persahabatan yang dibina di Mekah. Tanah suci jadi saksi persahabatan kalian.

“Ya Allah sedih kan nak berpisah bila dah berbelas hari bergelak ketawa dan sedih bersama. Semoga persahabatan berkekalan sampai bila-bila,” tulis netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 141,000 tontonan dan lebih 19,000 tanda suka.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Tech News Sun, 6 May 2018

7 Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Permainan Video

Permainan video merupakan salah satu industri yang berjaya di Amerika Syarikat dan bekas Presiden Obama melakukan langkah bijak untuk memanfaatkannya.

Hiburan Thu, 23 Apr 2020
Trending Fri, 13 Aug 2021
Trending Mon, 20 Jul 2020
Featured Thu, 28 Apr 2022

ā€œMenuntut Ilmu Digalakkan Sehingga Ke Liang Lahadā€ – Siti Nurhaliza Ada Keinginan Untuk Sambung Belajar

Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai keinginan sambung belajar jika masa dan komitmen mengizinkan.

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Jua Selepas…

Kenapa Tok Ti sebak tiba-tiba?

Trending Fri, 22 May 2020
Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Liyana Jasmay ‘Tunjuk Taring’

LJ bakal tampil dengan filem terbaru beliau. Nak tahu apa ? Jom klik artikel ini

Eat Travel Thu, 25 Oct 2018

Ini Resipi Pasta Lemon Chicken Cheese Yang Mudah, Masak Dalam 1 Pan Saja

Anda mesti tak pernah rasa masakan pasta macam ini.

Hiburan Fri, 27 Apr 2018

Insiden ā€˜Ngeriā€™ Di Lokasi, Puteri Aishah Kongsi Pengalaman Cemas!

Ketika itu saya berada di atas sampan bersama seorang lagi pelakon. Tiba-tiba kami terdengar bunyi pelik (air berkocak) tetapi saya buat macam biasa dan enggan berfikir bukan-bukan!