[VIDEO] Sharifah Sakinah Sakan Gendong Anjing? Netizen Komen: “Memang Lah Boleh Samak, Tapi Rajin Ke? Tanya Je..”

Pelakon sensasi, Sharifah Sakinah mencuri perhatian apabila sepotong video pendek yang dimuat naik menerusi Instagram story miliknya mengejutkan ramai pihak.

Mana tidaknya, pelakon itu kelihatan mendukung seekor anjing sambil menari bersama haiwan tersebut.

Malah, difahamkan video tersebut dirakam ketika dia sedang bercuti bersama rakannya di Bali, Indonesia.

Terdahulu, berita tersebut tular di platform media sosial termasuklah Facebook dan rata-rata warganet mengecam tindakan aktres berkenaan.

“Ya Allah, apa nak jadi lah.

“Dunia kahir zaman, ramai yang pandai buat hukum sendiri, halal dan haram entah ke mana.

“Jangan dibiasakan kak bahaya. bend abasic semua orang  tahu.

“Jika kamu menyerupai kafir, maka kafir lah kamu.

“Memang boleh samak, tapi rajin ke nak samak? Tanya je,” komen netizen.

Dalam pada itu, terdapat segelintir dalam kalangan peminat berpendapat, bahawa haiwan tersebut merupakan seekor kucing berspesis rare dan bukannya anjing seperti yang didakwa.

Salma Syahbuddin