[VIDEO] Kecantikan Marissa Dania Jadi Model Curi Tumpuan, Ada Pula Yang Anggap Netizen Sudah Lupa Kisah ‘Penyondol’

Anak kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi iaitu Marissa Dania menjadi perhatian di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, tular sebuah video yang memaparkan Marissa menjadi model bagi sebuah jenama fesyen tempatan untuk koleksi raya.

Tampil cantik mengenakan busana serba kelabu, Marissa nampak yakin apabila memperagakan koleksi daripada jenama fesyen tersebut di sebuah acara.

“Ni ke anak gadis Norman Hakim? Cantiknya.

“Tengok depan-depan lagi elok dia ni,” tulis akaun TikTok tersebut.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Rata-ratanya memuji penampilan Marissa yang cantik mengenakan busana tersebut.

Namun, tidak kurang juga yang mengenang kembali kisah sensasi Marissa yang pernah terpalit dengan dakwaan menganggu rumah tangga orang.

Malah ada juga yang menyatakan sesetengah netizen seolah-olah melupakan atau bersifat memilih kisah sensasi tersebut dek kerana kecantikan Marissa.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 1.6 juta tontonan dan lebih 1,000 komen.

Terdahulu, anak kepada pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya, aktor Norman Hakim itu menjadi bualan hangat gara-gara mengganggu rumah tangga seorang wanita dikenali Misya dengan bekas suaminya, Aslam sehingga berlaku perceraian.

Khairil Khusyairi