“Siap Ada Yang Tunjuk Kemal*an”- Dedah Lelaki Sering Hantar Foto & Komen Lucah, Noki K-Clique Tak Salahkan Sesiapa

Pelakon dan anggota kumpulan K-Clique, Noki mengakui kerap menerima komen dan foto lucah yang dihantar oleh peminatnya menerusi mesej langsung (DM).

Noki atau nama penuhnya, Ahmad Ikhwan Aji berkata, dia sudah lali dengan perkara itu dan menjangkakan situasi sedemikian akan berlaku.

Malah, Noki turut mendedahkan golongan yang sering menghantar mesej dan foto lucah itu bukan sahaja terdiri daripada golongan wanita tetapi juga golongan lelaki.

“Memang banyak yang hantar, siap ada yang tujuk gambar kemaluan dan kebanyakkannya adalah ‘biawak’ (lelaki lembut). Tapi saya baca je.

“Walaupun golongan perempuan juga ada yang hantar tapi kebanyakannya adalah lelaki,”  katanya kepada XTRA.

 

Noki ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya yang menampilkan Bil Musa berjudul Pantang bertempat di Warner Music Malaysia, Menara TSR, Petaling Jaya pada Rabu.

Sementara itu, Noki mengakui apa yang berlaku itu adalah disebabkan tindakannya sendiri malah dia juga tidak menyalahkan mana-mana pihak sekiranya perkara sama berulang kembali.

“Saya sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku dan saya tidak salahkan mana-mana pihak kerana mereka berani berbuat demikian atas tindakan saya juga.

“Lagipun kalau dilihat, saya yang post gambar ‘belanja’ badan, jadi nak expect mereka tak berkata apa-apa, tak boleh juga sedangkan saya yang ‘belanja’. Selalunya saya akan delete je,” jelasnya.

Berkongsi mengenai kerjasamanya bersama Bil Musa, Noki bersyukur kerana proses rakaman yang berlaku pada Jun lalu berjalan dengan lancar walaupun ia dijalankan secara berasingan.

“Semua berjalan dengan lancar, tak ada yang sangkut-sangkut. Alhamdulillah. Selama perjalanan projek ni dari recording, muzik video, photo shoot semuanya berjalan lancar.

“Cakap pasal lagu Pantang ni, lagu ni sangat berlainan dengan lagu yang pernah saya bawakan, kiranya genre dia lain sedikit tapi saya nak cabar diri bawa new track, nak  tengok dia jadi macam mana,” ujarnya.

Menyentuh mengenai perkembangan terkini, Noki memaklumkan dia akan keluar dengan single kolaborasi bersama beberapa artis termasuklah, single bersama kumpulannya, K-Clique tidak lama lagi.

Lagu Pantang duet bersama Bil Musa ini merupakan ciptaan komposer Hanis Rafi, Firdaus Rahmat dan John Jeeves kini sudah boleh di strim sejak 21 Oktober lalu.

 

Salma Syahbuddin