“Slowly But Surely, Insya-Allah” – Tampil Berhijab, Ramai Doakan Erynne Erynna Kekal Istiqamah

Sebut saja nama Erynne Erynna sudah pasti ramai yang mengenali pelakon kanak-kanak yang sentiasa menghiasi drama dan filem tempatan dengan bakatnya.

Namun, setelah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, pelakon filem Congkak itu sudah jarang muncul di kaca televisyen.

Walaubagaimanapun, dirinya masih tetap dikenali ramai.

Terbaharu, penampilan Erynne menjadi bualan ramai apabila dia tampil manis berhijab dengan memakai jaket dan seluar bersaiz longgar.

“Just trying out for now. Slowly but sure, Insya-Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan menitipkan doa buat Erynne untuk terus kekal istiqamah.

Sekadar info, Erynne mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Afify Sazali pada 17 April 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Medinah pada 9 Ogos 2020.

Dharnieya Nur Amelsa