Suka Lihat ‘Sisterhood’ Rozyana Roslan & Kieda Amy, Netizen Doakan Persahabatan Mereka Berkekalan

Pasti ada yang mengenali pempengaruh dan usahawan Rozyana Roslan atau lebih dikenali sebagai Rozy yang sering memuat naik pelbagai video solekan sehingga berjaya menarik perhatian ramai.

Baru-baru ini, Rozy selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk mengejarkan umrah bersama suami dan rakan baiknya, Kieda Amy yang juga merupakan pempengaruh dan usahawan.

@rozyanaroslan2🤍♬ original sound – 🐹 Ig : dl_dillah – 🐹 Ig : fadilah_ksj

Walaubagaimanapun, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Rozy di laman TikTok, aksinya dan Kieda yang berpegangan tangan sambil makan bersama-sama menarik perhatian.

@rozyanaroslan2Kieda ni kena pegang. Kalau tak nanti dia hilang 😹

♬ suara asli – ᴀɴɢɢᴀᴢʟ_ – vidgramsholawat_

“Kieda ni kena pegang, kalau tak nanti dia hilang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet suka melihat mereka berdua bersama serta mendoakan agar persahabatan mereka itu berkekalan.

“Comel je korang. Semoga persahabatan korang sampai bila-bila. Amin.

“Semoga kali sentiasa menjadi sahabat dunia dan akhirat. Amin.

“Ya Allah, bahagianya dua saudara ni. Semoga di permudahkan segala urusan Kieda dan Rozy.

“Suka tengok kak Rozy jaga Kieda, betul-betul macam jaga seorang adik,” komen netizen.

Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir yang mengatakan bahawa mereka ingin persahabatan yang akrab seperti Rozy dan Kieda.

“Teringin nak ada sahabat macam ini, mudah-mudahan Allah kelilingi saya dengan insan-insan yang solehah macam ni. Insya-Allah,” komen salah seorang netizen.

Dharnieya Nur Amelsa