Lucu! Gelagat Dai Syed & Hana Ismail Buat Peminat Single Cemburu – “Malasnya Nak Bernafas…”

Pasangan suami isteri Dai Syed dan Hana Ismail selamat diijabkabulkan pada 3 Disember lalu di Masjid Ibnu Mas’ud Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, Syed memuat naik sebuah perkongsian di laman Instagramnya sehingga berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, pasangan suami isteri itu sedang menaiki kenderaan sambil mengelilingi kawasan.

Walaubagaimanapun, perkongsian tersebut telah membuatkan rata-rata peminat ‘single’ cemburu melihat kemesraan pasangan serasi itu.

“Tengah single lagi ke tu, ehem,” tulisnya di ruangan kapsyen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa cemburu melihat pasangan suami isteri itu.

“Patut saya pergi makan dulu tadi, tapi saya pergi bukak Instagram dulu.

“Bukak tiktok rasa nak nangis lari ke Ig rasa malas nak bernafas.

“Sangat tidak ramai untuk kaum-kaum single

“Hmm nak buang fon lah macam ni.

“Malasnya nak bernafas,” komen netizen

Bukan itu sahaja, pendakwah selebriti itu juga turut berkongsi momen lucu dan menyakat isterinya di Instagram storynya, dimana Hana memakai jubahnya sambil mencabut rumput di hadapan halaman rumah.

Dharnieya Nur Amelsa