“Takut Anak Hidup Susah” – Lelaki Sebak Lamaran Ditolak Kerana Harta & Kerja

Sebuah klip video memaparkan seorang lelaki meluahkan rasa sedih apabila hasratnya untuk berkahwin dengan kekasih hati tidak kesampaian.

Lebih menyayat hati apabila ibu bapa wanita itu dipercayai memilih seseorang yang bekerjaya daripada memilih keikhlasan hati lelaki itu.

Menerusi video tular yang dimuat naik di laman TikTok oleh seorang pengguna bernama @shahrilamirul0, berkongsi mengenai hasratnya untuk berkahwin pada tahun hadapan.

Malah, hasrat itu terpaksa dilupakan kerana ibu bapa kekasihnya tidak bersetuju dan tidak merestui hubungan mereka.

“Baru plan nak nikah tahun depan tapi dapat berita sedih sebab orang tua dia tidak setuju.

“Orang tua dia tanya saya kerja apa, saya bagitau kerja kampung dan jual buah kelapa dengan buat arang saja.

“Saya tanya pak cik kalau saya boleh nikah dengan anaknya. Kalau boleh buat majlis masa Tahun Baru Cina nanti.

“Tapi pak cik minta maaf banyak, bukan pak cik tak nak bagi tetapi pak cik rungsing dan takut anak pak cik hidup susah,” katanya dalam video.

Menurut Syahril, dia tidak dapat menahan air mata dan terasa sebak di dada kerana tidak dapat bersama dengan kekasih hatinya.

Namun, Syahril hanya redha dengan apa yang berlaku dan berserah sepenuhnya kepada Allah.

@shahrilamirul0

#fyp #fypシ #fypage #isekeli #tiktokviral #tiktokkelantan 😭😭

♬ suara asli – ns78_officiall – ns78_officiall

Marcella