Tampil Beri Respons Mengenai Isu Penyondol, Intan Saleh ‘Backup’ Puteri Sarah – “Sakitnya, Ya Allah.. I Tengah Menggigil Ni Geram”

Umum mengetahui, pendedahan Syamsul Yusof yang selamat bernikah dengan Ira Kazar telah menerima pelbagai respons orang ramai.

Antaranya adalah usahawan dan personaliti media sosial, Intan Saleh yang meluahkan rasa geram menerusi beberapa hantaran di Instagram Story.

Menurut Intan, dia tahu bagaimana rasanya berada dalam situasi terbabit dan dia memahami perasaan Sarah.

“Weh aku tahu macam mana perasaanya. Tak tahu nak nangis ke nak apa. Terdiam. Itu aku,” tulisnya.

Malah, dia turut menitipkan pesanan kepada Sarah untuk terus kuat menghadapi segala dugaan memandangkan dia tahu wanita itu merupakan seorang yang kuat.

“Untuk Sarah terus kuat ye. Sarah dah terlebih kuat. Intan percaya Sarah dah buat yang terbaik. Tak apa. Biar orang buat kita. Jangan kita buat orang. Rasa nak hug Sarah sekarang,” katanya.

Bukan itu sahaja, Intan turut meluahkan rasa geram di hantaran Instagram Story.

“Kejam tu je aku nak cakap. Sakitnya Ya Allah. Jangan nak cakap jodoh ke apalah. Eh aku tak bolehlah. Sorry korang I tengah menggigil ni geram. Emo betul.

“Selalu orang yang buat hal ni rasa dia sentiasa betul. Pastu puaslah cari salah kita. Eh emo lah sis.

“Hidup ini tak selalunya diatas. Sekarang kau fikir kau je yang betul. Allah tu kalau nak tarik apa yang kau ada sekejap je,” tulisnya.

Intan turut menitipkan pesanan kepada suaminya, Mohd Aizam Yahya untuk tidak berbuat demikian kepadanya dan jujur sahaja jikalau berjumpa dengan ‘orang baru’.

Pesan Intan lagi, dia berharap agar suaminya itu tidak bercerita buruk mengenainya jika berjumpa dengan ‘orang baru’ kerana ini yang akan membuatkan pihak tersebut merasakan dia mempunyai kuasa.

“Cinta, kalau you ada niat nak curang dengan I ataupun apa-apa lah. Bagitahu je I. Dan kalau dah ada perempuan lain jangan pula cerita buruk I.

“Perempuan ni akan suka dengar buruknya isteri pertama dan dia akan buatlah sehabis baik untuk you! Ingat Cinta, I banyak kali pesan kat you. Eh tibeh laki kita pula kena bebel hahahaha,” ujarnya.

 

Dharnieya Nur Amelsa