[VIDEO] Mengaku ‘Confess’ Dulu Dekat Syamel, Ramai Ingin Jadi Berani Macam Ernie Zakri

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di platform TikTok yang memaparkan penyanyi Ernie Zakri mengaku menjadi orang pertama meluahkan perasaan terhadap suaminya, Syamel.

Menurut Ernie, dia menghubungi Syamel dan meluahkan perasaannya.

Walaubagaimanapun, setelah meluahkan perasaan, Ernie mengatakan bahawa dia tidak kisah sekiranya Syamel tidak mahu membalas perasaan terbabit.

“I call him. I cakap ‘eh Syamel, aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku suka kau tau, tapi tak apa kau tak balas tak apa, aku ok je’,” katanya.

Namun apa yang menghiburkan hati ramai termasuk Ernie adalah respons yang diberi oleh penyanyi lagu Aku Cinta tersebut.

“Pastu dia macam ‘eh sabar lah, aku tak bagi jawapan lagi. Sebenarnya aku pun suka kau’,” seloroh Ernie.

Ernie mendedahkan perkara terbabit menerusi podcast Studio Sembang yang dikendalikan oleh aktres Amelia Henderson.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan bahawa Ernie merupakan seorang yang berani.

Malah, ada juga segelintir yang ingin menjadi seperti Ernie.

“Comel! Takpe confess je. Reject nanti fikir.

“Cute gila Ernie! and berani. Dah macam cerita Korea pun ada.

“Orang cantik memang confess dulu ye dok.

“Aww kiutnya. Kena berani macam Ernie ni

“I want to be like her one day. I’m gonna confess if I suka someone,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1 juta tontonan, 154,000 tanda suka dan lebih 1235 komen.Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di platform TikTok yang memaparkan penyanyi Ernie Zakri mengaku menjadi orang pertama meluahkan perasaan terhadap suaminya, Syamel.

Menurut Ernie, dia menghubungi Syamel dan meluahkan perasaannya.

Walaubagaimanapun, setelah meluahkan perasaan, Ernie mengatakan bahawa dia tidak kisah sekiranya Syamel tidak mahu membalas perasaan terbabit.

“I call him. I cakap ‘eh Syamel, aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku suka kau tau, tapi tak apa kau tak balas tak apa, aku ok je’,” katanya.

Namun apa yang menghiburkan hati ramai termasuk Ernie adalah respons yang diberi oleh penyanyi lagu Aku Cinta tersebut.

“Pastu dia macam ‘eh sabar lah, aku tak bagi jawapan lagi. Sebenarnya aku pun suka kau’,” seloroh Ernie.

Ernie mendedahkan perkara terbabit menerusi podcast Studio Sembang yang dikendalikan oleh aktres Amelia Henderson.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan bahawa Ernie merupakan seorang yang berani.

Malah, ada juga segelintir yang ingin menjadi seperti Ernie.

“Comel! Takpe confess je. Reject nanti fikir.

“Cute gila Ernie! and berani. Dah macam cerita Korea pun ada.

“Orang cantik memang confess dulu ye dok.

“Aww kiutnya. Kena berani macam Ernie ni

“I want to be like her one day. I’m gonna confess if I suka someone,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1 juta tontonan, 154,000 tanda suka dan lebih 1235 komen.

Dharnieya Nur Amelsa