Tular Video Gelak Ketawa Sehingga Didakwa Meroyan, Puteri Sarah Tampil Bidas Netizen – “Ini Hak Saya, Korang Diam Lebih Baik”

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana tampil membidas segelintir pihak yang mendakwa dirinya meroyan atas kemelut melanda rumah tangganya bersama pengarah filem, Syamsul Yusof.

Jelas Puteri Sarah, ada pihak yang telah memuat naik video sunting dari TikTok Live memaparkan dirinya bergelak ketawa sehingga disyaki meroyan oleh rata-rata netizen.

Susulan itu, menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, aktres drama Suri Hati menafikan dakwaan berkenaan dan memohon netizen untuk membuat sebarang spekulasi terhadap dirinya.

“Saya ada terbaca satu artikel yang telah membuatkan ramai orang salah faham. Apabila saya buat live di TikTok, saya hanya menjawab persoalan orang dan saya buat lawak lepastu orang ketawa.

“Jadi ada yang edit sikit-sikit.. gabungkan dalam satu video sampai nampak saya ini macam orang yang tak betul pula. Kemudian ramai yang kritik saya belum move on, meroyan hanya sebab mereka judge daripada video yang sikit itu.

“Macam mana korang tahu yang saya ni meroyan? Duduk serumah dengan saya ke? Lebih baik korang tak perlu cakap apa-apa. Jadi di sini saya nak jelaskan mengenai video pendek menunjukkan saya belum move on.

“Benda tu dah lama berlaku, tak bermaksud saya kerap cakap mengenai perkara tersebut terus nak judge saya belum move on, tertekan, meroyan, nak kata saya ni buat-buat happy.

“Pertama sekali, saya dah empat tahun tutup mulut dan kena mental torture dari pihak sana. Jadi ini adalah hak saya untuk bercakap. Bukannya saya dedahkan apa yang berlaku secara details. Jadi jangan mudah nak judge daripada video yang telah disuunting,” tegasnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah mendedahkan Syamsul telah melarikan diri berkahwin dengan Ira Kazar, iaitu anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi di Thailand.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah Syamsul Yusof, Ira Kaza Nikah Di Thailand?

Artikel Berkaitan: “Belah Sana Minta Macam-Macam, Funny! Maruah Tak Ada Sebab Duit” – Puteri Sarah Respons Dakwaan Mahu Harta Suami

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah ‘Modus Operandi’ Ira Kaza – “Sangat Attention Seeker! Masa Mula Kena Dia Akan…”

Aqilah Paharuzi