“Sedar Ke Tak Itu Sangat Dilarang Allah?” – Aaron Aziz Tegur Muslim Sambut Krismas

Aktor popular Datuk Aaron Aziz tampil menegur warganet mengenai masyarakat muslim yang menyambut dan meraikan sambutan Hari Natal ataupun Krismas.

Menerusi hantaran video di TikTok, Aaron memberitahu hukum sebenar dalam menyambut dan memberi ucapan ‘Merry Christmas’ di sisi agama Islam.

“Saya nampak benda itu berlaku di TikTok tentang orang yang tilik nasib, yang minta orang baca nasib, pakai pakau ataupun kad itu semua.

“Sekarang dengan segala hormatnya, saya nak tegur sebaik-baiknya, kami sebagai seorang muslim beragama Islam mungkin ramai yang tak sedar setiap kali tibanya 25 hari bulan 12 ucapkan Merry Christmas kepada sesiapa ke ataupun posting ke, kepada your non-muslim friends ke apa ke.

“Korang sedar ke tak yang itu sangat-sangat dilarangi Allah kerana kalau kita ucap Merry Christmas maksudnya kau terima kepercayaan mereka dimana Nabi Isa adalah anak kepada Allah dan itu adalah satu perkara yang sangat berat.

“So kalau nak cakap Happy New Year, Season greeting okey tapi jangan sampai cakap Merry Christmas, itu bukan cara kita sebagai seorang muslim, Itu sahaja nak kongsi . Mungkin ramai yang tak sedar,” kongsi Aaron.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian pelakon Suamiku Lelaki Pendosa itu telahpun meraih lebih 3,000 tontonan sejak dimuat naik semalam.

@therealaaronaziz Sekadar teguran buat kalian…mungkin tak sengaja atau dah jadi kebiasaan. Saya hanya nak yg Terbaik utk anda semua… #f #fy #fyp #fypシ #fypage #aaronaziz ♬ original sound – aaron aziz

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan tindakan Aaron yag tampil menegur isu yang menjadi hangat saban tahun ini.

 Aktor popular Datuk Aaron Aziz tampil menegur warganet mengenai masyarakat muslim yang menyambut dan meraikan sambutan Hari Natal ataupun Krismas.

Menerusi hantaran video di TikTok, Aaron memberitahu hukum sebenar dalam menyambut dan memberi ucapan ‘Merry Christmas’ di sisi agama Islam.

“Saya nampak benda itu berlaku di TikTok tentang orang yang tilik nasib, yang minta orang baca nasib, pakai pakau ataupun kad itu semua.

“Sekarang dengan segala hormatnya, saya nak tegur sebaik-baiknya, kami sebagai seorang muslim beragama Islam mungkin ramai yang tak sedar setiap kali tibanya 25 hari bulan 12 ucapkan Merry Christmas kepada sesiapa ke ataupun posting ke, kepada your non-muslim friends ke apa ke.

“Korang sedar ke tak yang itu sangat-sangat dilarangi Allah kerana kalau kita ucap Merry Christmas maksudnya kau terima kepercayaan mereka dimana Nabi Isa adalah anak kepada Allah dan itu adalah satu perkara yang sangat berat.

“So kalau nak cakap Happy New Year, Season greeting okey tapi jangan sampai cakap Merry Christmas, itu bukan cara kita sebagai seorang muslim, Itu sahaja nak kongsi . Mungkin ramai yang tak sedar,” kongsi Aaron.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian pelakon Suamiku Lelaki Pendosa itu telahpun meraih lebih 3,000 tontonan sejak dimuat naik semalam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan tindakan Aaron yag tampil menegur isu yang menjadi hangat saban tahun ini.

 

Khairil Khusyairi