Kongsi Ilmu & Nasihat, Warganet Beri Penghargaan Kepada Hana Ismail – “Memang Tengah Nangis Ni, Terima Kasih…”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pengacara Hana Ismail yang memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada pengikut di laman TikTok miliknya, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Hana memberi semangat kepada mereka yang sedang berada di fasa kesedihan untuk terus bangga memandangkan itu adalah salah satu perhatian Allah kepada hamba-hambanya.

“Rasa down? Rasa sedih? Rasa tertekan? Subhanallah. Berbanggalah kerana itu adalah perhatian daripada Allah kepada hambanya dan bukalah pintu itu kerana sesungguhnya Allah sedang menunggumu,” katanya.

@hanaalmauzah_Episod 1 | Kasih sayang Allah ✨

♬ original sound – Hana ismail

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada Hana atas nasihat yang diberi memandangkan mereka sedang berada di fasa tersebut.

“Memang tengah nangis ni. Tiba-tiba down sangat, sedih tertekan sangat-sangat. Allahuakhbar thank you sis Hana FYP saat ni.

“Masya-Allah terima kasih atas nasihatnya.

“Terkena nasihat ini pada saya, Terus auto sebak.

“Terima kasih untuk kata-kata semangat, memberi saya sebab untuk semangat selalu.

“Very soft that voice. Dengar saja terus nak buat apa yang sepatutnya. Thank you so much, Alhamdulillah ilmu dikongsi bersama,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 425,000 tontonan, 50,000 tanda suka dan 414 komen.

Dharnieya Nur Amelsa