[VIDEO] Baru Berusia 4 Tahun, Netizen Puji Anak Betty Rahmad Pandai Baca al-Quran & Taranum – “Bijak Sungguh Anak Soleh Ini…”

Anak kepada pelakon Betty Rahmad, Ardy Wira sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel serta bijaknya walaupun baru berusia empat tahun.

Baru-baru ini, Betty berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram yang memaparkan anak sulungnya sedang khusyuk membaca al-Quran.

Menerusi hantaran tersebut, Wira yang memakai kopiah itu sedang membaca beberapa surah iaitu Al-Fatihah, Al-Ikhas, An-Nas dan Al-Falaq dengan cukup petah.

Menurut Betty, sudah menjadi kebiasaan untuk Wira membaca al-Quran sebelum masuk tidur dan turut berharap agar anaknya itu membesar dengan mencintai al-Quran.

“Masya-Allah Tabarakallah. Semoga kamu menjadi asbab Mummy dan Daddy ke syurga.

“Wira’s everyday routine before sleep boleh cuba. But ini version dia berangan baca konon-konon tengok al-Quran dan taranum. Masya-Allah semoga terang hati, jadi pencinta al-Quran, membesar dengan sihat dan dilindungi Allah swt,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet memuji kepintaran Wira yang bijak membaca surah al-Quran tersebut dan turut mendoakannya menjadi anak yang soleh.

“Masya-Allah Tabarakallah semoga menjadi anak soleh Insya-Allah.

“Subhanallah. Wira ada suara yang lunak, boleh jadi imam nanti, InshaAllah. Tahniah buat ibu bapa Wira, Semoga menjadi anak soleh dunia akhirat.

“Siap bertaranum lagi tu, Masya-Allah. Semoga membesar menjadi ahlul Quran ya sayang.

“Pandainya Wira! Suka sangat dengan dia ni, bijak ya amat! Anak soleh mummy dan daddy.

“Masya-Allah bijak sungguh anak soleh ni sorang. Semoga membesar menjadi seorang yang cintakan Al-Quran ya sayang,” komen netizen.

Sekadar info, Betty mendirikan rumah tangga bersama Ardy Damis pada 4 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama, Ardy Wira.

Dharnieya Nur Amelsa