[VIDEO] Aliff Aziz, Bella Astilah Cover Lagu ‘Semata Karenamu’ Buat Netizen Sebak – “Lindungilah Mereka, Semoga Selalu Kuat & Tabah”

Pasangan sejoli, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, dan isteri tercintanya, Bella Astilah sering mencuri perhatian ramai di media sosial.

Berdasarkan sebuah perkongsian di TikTok, pasangan suami isteri ini membuat video menyanyikan lagu hits Indonesia, Semata Karenamu nyanyian asal Mario Gerardus Klau telah menyentuh hati netizen.

Apa yang menarik perhatian adalah bait-bait lirik lagu tersebut yang begitu mendalam, malah keadaan menjadi lebih sayu apabila Bella menyanyi dengan penuh perasaan sambil menyentuh dada Aliff.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen mendoakan agar hubungan mereka sebagai suami isteri akan berkekalan selamanya.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 700,000 tontonan, 86,000 tanda suka dan 1,000 komen.

Sebelum ini, pasangan ini hangat menjadi perbualan ramai selepas tular sebuah video memaparkan aksi mesra Aliff bersama seorang pelakon wanita.

Susulan itu, pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepada mereka sehingga setengah pihak menganggap hubungan pasangan ini sedang goyah dek kerana pelantun lagu Sayang Sayang itu didakwa curang.

Terdahulu, Bella mendedahkan hubungan mereka sedikit renggang dipercayai kerana gangguan sihir.

Artikel Berkaitan: Dedah Terkena Sihir Pemisah, Bella Astillah & Aliff Aziz Mahu Teruskan Hidup Seperti Biasa

Artikel Berkaitan: Tular Video Aliff Aziz Berhibur Di Kelab Malam Bersama Seorang Wanita, Rakan Dedah Perkara Sebenar – “Tak Pasal Member Kena Fitnah…”

Dalam perkembangan lain, Bella juga merupakan salah satu peserta program Famili Duo bersama Wany Kyrie (sepupu).

Famili Duo menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.

Penyanyi Mas Idayu dan komposer Ajai pula menggalas tugas juri tetap untuk program terbabit.

Antara pasangan peserta lain yang bersaing di musim baharu Famili Duo ialah Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (Adik Beradik), Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik).

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim kedua setiap Ahad, 9.00 malam di TV3.

Aqilah Paharuzi