Terserempak Zainal Abidin Hassan & Fyna Jebat, Kemas Kini TikTok Mustapha Kamal Buat Peminat Teruja – “Cinta Tak Kenal Usia”

Baru-baru ini, pelakon Mustapha Kamal memuat naik beberapa keping foto di akaun TikToknya bersama jurulatih bola sepak popular, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Menerusi perkongsian itu, Mustapha menyatakan bahawa secara kebetulan dapat berjumpa dengan kawan lamanya itu ketika makan di sebuah restoran bersama isteri.

Apa yang menarik perhatian adalah penyanyi Fyna Jebat yang juga merupakan isteri baharu kepada Zainal Abidin dilihat turut serta dan bergambar bersama buat pertama kalinya.

Malah, Mustapha dilihat sempat mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut atas perkahwinan mereka.

“Salam… what a coincidence, just stumbled across the legend Zainal Abidin Hassan. An old friend. All the best to both of you, congratulations,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan bahawa mereka baru percaya pasangan tersebut telah bernikah selepas melihat foto bersama.

Warganet sempat berseloroh dengan mengatakan Zainal Abidin kini kelihatan muda dan bergaya.

 

Malah, warganet sempat berpesan kepada Mustapha untuk tidak menambah ‘cawangan’ seperti rakannya itu.

Terdahulu, Fyna dan kakaknya, Ayda menduduki tangga kedua dalam persaingan minggu kelima Famili Duo.

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir dalam Famili Duo.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #familiduoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Atiqah Johari