[VIDEO] Comelnya Gelagat Bilal Bertatih & Bermain Dengan Athisha Khan! – “Macam Anak Patung Berjalan”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pempengaruh Athisha Khan yang memaparkan dia dan anak kepada kakaknya, Neelofa iaitu Bilal sedang bermain di luar kawasan perumahan.

Menerusi hantaran tersebut, Bilal yang hampir berumur setahun itu sedang bertatih ke arahnya dengan begitu laju.

Walaupun hanya melihat Bilal bertatih dari belakang, namun perkongsian tersebut telah mencuri perhatian ramai yang tidak keruan melihat gelagat serta kecomelannya itu.

“Nearly one year old,” tulisnya.

@athisha.khannearly one year old 💙💙💙💙💙💙♬ original sound – athisha khan

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Bilal yang pintar bertatih itu dan turut geram melihatnya.

“Macam anak patung berjalan. Comey.

“Eee dari belakang pun comel.

“MasyaAllah, geramnya.

“Thank you Athisha berkongsi kebahagiaan ini. Love Bilal.

“Macam sekejap je dah 1 tahun budak gemok ni.

“Laju pulak Bilal jalan ek. Cutenya. Pejam celik Lofa dah ada anak bujang dah,” komen netizen

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1 juta tontonan, 96,000 tanda suka dan lebih 227 komen.

 

 

Dharnieya Nur Amelsa