[VIDEO] Kongsi Video Anak ‘Sleep Call’ Dengan Kekasih, Ramai Puji Sikap Sharifah Zarina – “Sporting Ye Parents Macam Ni!”

Penyanyi Sharifah Zarina dipuji segelintir wargamaya yang menyifatkan dirinya sebagai ibu yang ‘sporting’.

Menerusi hantaran di TikTok, Zarina merakam anaknya, Athalia yang sedang ‘sleep call’ bersama teman lelakinya.

‘Sleep call’ merupakan terma yang digunakan apabila pasangan kekasih membuat panggilan video sehingga mereka tertidur dan tidak mematikan panggilan tersebut.

“Bertabahlah mak!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji penyanyi tersebut memandangkan dia tidak peduli dan memarahi anaknya yang sedang ‘sleep call’.

Malah, ada juga segelintir yang membandingkan sikap Zarina dengan ibu mereka sekiranya mereka membuat perkara yang sama seperti Athalia.

“Sporting ye parents macam ni. Kalau saya mesti kena marah teruk dengan parents.

“Ni kalau mak saya, dah arwah dah saya.

“Oh ni kalau aku dah hilang dah dari bumi ni.

“Ni kalau saya dah kena dah ni , time tidur tu juga dia kejut. Habis kena maki and marah.

“Kalau aku buat macam ni sah sah karang ada kena kejar dengan parang,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 536,000 tontonan, 40,000 tanda suka dan lebih 293 komen.

Dharnieya Nur Amelsa