Video Pergaduhan Pelajar Tingkatan 3 & Tingkatan 4 Tular, Saling Ejek Mengejek Jadi Punca!

Video pergaduhan sekumpulan pelajar sekolah menengah tular di media sosial sejak semalam.

Malah, video berdurasi 38 saat itu memaparkan pergaduhan membabitkan tujuh orang pelajar yang dipercayai berpunca daripada ejek-mengejek seorang pelajar tingkatan empat kepada seorang pelajar tingkatan tiga ketika waktu rehat.

@malaysianupdatenews Bergaduh akibat ejek-mengejek, katanya isu dah selesai..alhamdulillah. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #NewsAtTikTok ♬ original sound – Malaysian Update

Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 10.30 pagi di sebuah sekolah menengah di Sungai Pelek, Selangor itu bagaimanapun, mendapati tiada sebarang kecederaan membabitkan pelajar terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, Anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sekolah tersebut menerima panggilan daripada pengetua sekolah untuk memaklumkan insiden yang berlaku.

Walaubagaimanapun, kesemua pelajar tersebut telah diberikan nasihat dan amaran oleh pihak sekolah dan pihak berkuasa.

Sumber: Harian MetroVideo pergaduhan sekumpulan pelajar sekolah menengah tular di media sosial sejak semalam.

Malah, video berdurasi 38 saat itu memaparkan pergaduhan membabitkan tujuh orang pelajar yang dipercayai berpunca daripada ejek-mengejek seorang pelajar tingkatan empat kepada seorang pelajar tingkatan tiga ketika waktu rehat.

Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 10.30 pagi di sebuah sekolah menengah di Sungai Pelek, Selangor itu bagaimanapun, mendapati tiada sebarang kecederaan membabitkan pelajar terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, Anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sekolah tersebut menerima panggilan daripada pengetua sekolah untuk memaklumkan insiden yang berlaku.

Walaubagaimanapun, kesemua pelajar tersebut telah diberikan nasihat dan amaran oleh pihak sekolah dan pihak berkuasa.

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain