“Dia Block Nombor, Malu Jumpa Pak Cik..” – Warga Tua Menangis Terlalu Rindukan Anak, Merayu Kembali Ke Pangkuan

Tiada siapa yang akan lebih mengerti bagaimana perasaan kehilangan anak melainkan ibu bapa sendiri, malah lebih menyakitkan apabila anak-anak bertindak untuk menghilang tanpa khabar berita.

Situasi menyayat hati ini terjadi ketika bulan Ramadan kepada seorang warga tua yang dikenali sebagai @muhammadanad_ariqin yang telah memuat naik sebuah video di TikTok dan meluahkan perasaanya yang terlalu merindui kehadiran anak-anaknya.

Difahamkan, pak cik yang sedang menghidap masalah jantung itu turut mengakui dia telah cuba untuk menerima kenyataan ditinggalkan oleh anak-anak namun masih tidak menyangka mengapa mereka sanggup berbuat demikian.

“Aku rindu anak aku, Ya Allah. Kau pertemukanlah aku dengan mereka, apa nasib aku. Aku cuba lupakan tapi tak mampu. Kenapa anak-anak aku sanggup tinggalkan dan lupakan aku,” katanya yang telah berpisah dengan isteri.

@muhammadanas_ariqin

dah tak.mampu bertahan teramat rindu..

♬ Rembulan Malam – Decky Ryan

Meninjau di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen turut meluahkan perasaan kesal kepada nasib yang menimpa pakcik tersebut yang dianggap sangat melampau serta seolah tidak mengenang jasa orang tua.

Menerusi sebuah hantaran lain, pakcik tersebut kerap memuat naik video yang tidak jemu meluahkan isi hatinya yang penuh kerinduan terhadap anak-anaknya meskipun perit untuk ditanggung selama ini.

“Dulu bila waktu sahur atau berbuka selalu anak abah akan call ingat kan abah, jangan lupa makan ubat sekarang sepi hilang semua itu.. Semoga anak abah sihat-sihat ya,” ujarnya.

@muhammadanas_ariqin

dulu bila waktu sahur atau berbuka selalu anak abah akan call ingat kan abah..jgn lupa makan ubat sekarang sepi hilang semua tu..semoga anak abah sihat² ye

♬ suara asli – Owner Penasehat KHDT WULAN💞 – WULAN COF S2TC_ GACC💞

Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan netizen yang menitipkan doa agar keluarga mereka bersatu kembali dan supaya pak cik tersebut diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menempuh dugaan yang berat ini.

Aqilah Paharuzi