“Orang Yang Kolot Je Fikir Tak Berkahwin Satu Masalah…” – Zoey Rahman Tak Kisah Digelar ‘Bujang Terlajak’

Sebelum ini pelakon, Zoey Rahman pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon dan usahawan kontroversi Zarina Anjoulie bagaimanapun hubungan mereka tidak berkekalan.

Terbaharu, pelakon ini sekali lagi diuar-uar menjalinkan hubungan istimewa bersama pelakon baharu, Shakira Stephen.

Namun, Zoey atau nama sebenarnya,  Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 37, memaklumkan dia sebenarnya sudah lama mengenali pelakon filem Gila Gusti itu sejak tahun 2018 lagi.

” Kami memang rapat sebagai kawan, untuk pergi makan-makan. hang out dan meluahkan perasaan. 

“Kami kawan dan kenal masa dia menyertai program On Air dan selepas itu kami lost contact dan baru-baru ni jumpa balik,” katanya.

 

Ketika ditanya soal jodohnya bersama Shakira Stephen, Zoey berkata dia sama sekali tidak menolak. Bahkan menyifatkan Shakira sebagai wanita yang baik dan jujur.

“Kalau dia jodoh saya, saya terima seadanya. Dia wanita yang baik, jujur dan bersopan santun. 

“Saya okay kalau memang dah jodoh saya. Kalau tak jadi nanti, orang cakap lain pula sebab itu selalu bertukar-tukar. Malah, ada yang komen saya ‘buaya’. Saya bukan buaya, saya lelaki baik. Wanita di luar sana jangan takut berkawan dengan saya,” jelasnya.

Selain itu, Zoey turut mengakui bahawa ibu bapanya juga ada bertanyakan perihal yang sama namun, dia lebih selesa memberi fokus terhadap perniagaan dan juga kerjayanya.

“Memang ibu bapa saya ada bertanya benda yang sama, tapi saya tidak terdesak dan tak kisah dikatakan bujang terlajak kerana orang yang berfikiran kolot sahaja rasa seperti itu.

“Lebih baik fokus kepada kerjaya dan menggembirakan keluarga,” katanya.

Salma Syahbuddin