Categories: Trending

KKM Buat Ujian Kemurungan, Nilai Tahap Stress Frontliners

KKM mengambil langkah untuk menjalankan ujian saringan Tekanan, Kebimbangan Melampau dan Kemurungan (DASS) terutamanya kepada golongan frontliners kita yang berusaha keras dalam menjaga dan memutuskan penularan wabak Covid-19.

DASS libatkan pelbagai pihak

Sumber : Google

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, selain kakitangan kementerian, anggota ATM dan PDRM juga turut terlibat dalam ujian DASS ini.

Ia bertujuan untuk mengetahui tahap tekanan serta kebimbangan yang mereka alami.

Malah, ujian ini turut dilakukan kepada petugas yang mempunyai keluarga positif Covid-19.

Pesakit akan dirujuk kepada pakar

Sumber : Google

Terdapat 22 soalan yang perlu dijawab oleh frontliner kita yang terlibat bagi mengetahui tahap kemurungan mereka. Dan, frontliner yang mengalami kemurungan serius akan dirujuk kepada pakar perubatan.

Ini kerana, menurut tinjauan Kesihatan dan Mobiliti Kebangsaan 2019, seramai 500,000 rakyat Malaysia yang mengalami kemurungan.

Justeru itu, KKM meminta agar rakyat mengalami masalah kemurungan boleh mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) di seluruh negeri.

Salma Syahbuddin