Categories: Trending

Agong Dimasukkan Ke IJN, Rakyat Diminta Doakan Baginda Sembuh

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Selasa.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan perkara berkenaan selepas baginda mengadu kurang selesa dengan kesihatan sebelum dimasukkan ke Wad DiRaja, IJN.

” Adalah juga dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak dalam keadaan yang membimbangkan”

Baginda dibenarkan keluar dalam jangka masa terdekat

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam ucapannya, baginda dijangka akan dibenarkan keluar dalam jangka masa yang terdekat.

Maimunah Iskandariah yang tiba di Kota Bharu, Kelantan semalam dalam rangka lawatan peribadi bergegas pulang pada hari ini untuk bersama dengan baginda,” katanya.

Lawatan terpaksa dibatalkan

Tunku Hajah Azizah terpaksa membatalkan lawatan itu yang dijadualkan selama tiga hari sehingga esok.

Justeru itu, seluruh rakyat diseru untuk mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan baginda dengan kadar segera.

Sumber : BH Online, Harian Metro

Salma Syahbuddin