Categories: Trending

Langkawi Kekal Zon Hijau, Aktiviti Pelancongan Diteruskan – CEO LADA

Para pelancong yang ingin bercuti ke Pulau Langkawi diminta untuk tidak gusar kerana negeri itu masih kekal sebagai zon hijau COVID-19.

Berikutan PKPD yang dilaksanakan di 28 mukim di Kota Setar bermula 11 Sept ramai yang menyangka bahawa tempat percutian popular itu turut sama terjejas akibat COVID-19.

Namun, perkara itu dinafikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Dr Hezri Adnan.

“Pada Julai jumlah meningkat kepada 189,000 dan kita lihat trend yang sama pada Ogos, namun pelaksanaan PKPD sedikit-sebanyak menjejaskan usaha yang dilakukan mungkin kerana ada kekhuatiran dalam kalangan pelancong”, katanya.

Beliau juga meminta agar para pelancong untuk tidak berasa khuatir dan mengalakkan agar orang ramai meneruskan aktiviti pelancongan di Langkawi.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”