Categories: Trending

Umrah Dibenarkan Bermula 4 Oktober Ini

Akhirnya Arab Saudi akan membenarkan pelaksanaan ibadah umrah sepanjang tahun secara berperingkat mulai 4 Oktober ini.

Keputusan ini telah diputuskan oleh Kementerian Dalam Negeri negara itu selepas ibadah itu ditangguhkan selama 7 bulan berikutan krisi Covid-19 di seluruh dunia.

Seramai 6,000 orang dibenarkan tunai Umrah

Namun, menurut kementerian dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Saudi Press Agency, peringkat pertama yang dibenarkan untuk menunaikan umrah adalah seramai 6,000 orang untuk menunaikan umrah setiap hari mulai 4 Oktober ini.

Manakala, bagi pengunjung luar negara, ia akan dibenarkan mulai 1 November apabila bilangan individu yang dibenarkan menunaikan umrah dinaikkan kepada 20,000 sehari.

Bagaimanapun, umrah dibenarkan dengan kapasiti penuh apabila krisis Covid-19 dapat dihapuskan.

Terdahulu, Arab Saudi menangguhkan ibadah umrah pada Mac lalu dan mengurangkan bilangan jemaah haji secara drastik pada tahun ini bagi mengekang penularan virus berkenaan.

Sumber : Harian Metro, BH Online

Salma Syahbuddin