Categories: Trending

KKM Jamin Proses Yang Ketat Perlu Untuk Keselamatan Penerima Vaksin

Walaupun seramai 223, 923 individu telah menerima dos pertama vaksin di Malaysia, namun ada juga yang masih menolak untuk tidak mendapatkan vaksin Covid-19 yang ditawarkan oleh kerajaan.

 

 

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia masih tetap dengan pendirian agar setiap vaksin yang dibawa masuk ke negara ini perlu melalui tapisan dan proses yang ketat oleh Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Ianya, bagi memastikan jaminan keselamatan terhadap penerimanya.

 

Masyarakat tidak perlu takut!

 

Dr Adham juga berharap agar masyarakat di negara ini tidak takut atau ragu-ragu untuk mendapatkan vaksin memandangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dr Noor Hisham Abdullah dan ramai lagi barisan hadapan telahpun mendapatkan suntikan tersebut dan tidak seorang pun mengalami kesan sampingan yang kritikal.

 

 

Malah, beliau mengajak semua rakyat Malaysia agar sama-sama mendaftarkan diri untuk menerima vaksin melalui tiga kaedah, iaitu aplikasi MySejahtera, secara hotline dan bersemuka di fasiliti KKM berhampiran.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Mak Ayah Tak Ada Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Mudah Daftar Pengambilan Vaksin Untuk Mereka

ARTIKEL BERKAITAN : Jangan Terpedaya! Vaksin Covid-19 TIDAK Dijual Dalam Talian – Dr. Noor Hisham

ARTIKEL BERKAITAN : Individu Potong Giliran Terima Vaksin Berdepan Kompaun RM50,000

Sumber : BH

Salma Syahbuddin