Categories: FeaturedTrending

“Saya Juga Ada Masalah Peribadi..” – Hannah Delisha Mohon Maaf Isu Kahwin

Setelah mendiamkan diri berikutan kontroversi perkahwinannya, pelakon Hannah Delisha akhirnya tampil mengulas perkara terbabit.

Menerusi laman instastorynya, Hannah memuat naik naik sebuah kenyataan rasmi permohonan maaf.

“Saya memohon maaf di atas isu yang terjadi pada saya saat ini . Sama seperti kebanyakan orang, saya juga mempunyai masalah peribadi sendiri. Saya memohon maaf perkara ini akhirnya menjadi tatapan umum” ujarnya.

Hannah turut menjelaskan tujuan utamanya menceburi bidang seni adalah untuk membawa nama baik negaranya dan menjauhkan diri daripada sebarang kontroversi.

Sejak beberapa hari lalu, pelakon kelahiran Singapura itu terlibat dengan beberapa isu melibatkan perkahwinan beliau yang didakwa tidak direstui oleh ibunya.

Baca artikel berkaitan: Selepas Wujud Spekulasi #IbuTidakRestu, Hannah Delisha Kantoi Dah Kahwin Tahun Lalu?

Hannah meminta para peminat untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya saat ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”