Categories: Trending

Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) Parcel B Tukar Nama Kompleks Setia Perdana

Penjenamaan semula nama Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) Parcel B kepada nama baharu Kompleks Setia Perdana berkuat kuasa 1 Februari nanti adalah usaha berterusan menamakan semula kompleks kerajaan di Putrajaya.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan disiarkan di Facebook rasminya hari ini, berkata nama yang digunakan kini adalah Kompleks Parcel A hingga F, adalah nama asal ketika sesi pembangunan Putrajaya 25 tahun dulu.

“Usaha penjenamaan semula ini tidak langsung bersifat politik, bahkan nama dipilih adalah hasil daripada pertandingan yang diadakan awal tahun lalu dalam kalangan penjawat awam di Kompleks B,” katanya.

Penjenamaan semula ini berkuat kuasa 1 Februari ini sempena sambutan Hari Wilayah.

SGMS Enal