Categories: Trending

Kongsi Khabar Terbaru Di Hospital, Berat Badan Elyana Bertambah 7 Kilogram

Penyanyi Elyana, atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkongsi perkembangan terkini mengenai tahap kesihatannya.

Berjuang melawan kanser limfoma dan sedang menjalani rawatan radioterapi di hospital, Elyana memberitahu berat badannya bertambah sebanyak tujuh kilogram.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat Badan Hanya 35KG, Penyanyi Elyana Terus Kuat Lawan Kanser

Pelantun lagu Kalis Rindu itu berkongsi khabar terbabit menerusi hantaran terbaru yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Alhamdulillah! Berat saya dari 35 kilogram, hari ini timbang 42 kilogram.

“Terima kasih yang mendoakan dan yang tak jemu-jemu sedekah makanan pada saya.. I love you!” tulisnya.

Di ruangan komen, peminat dan pengikut Instagram Elyana terus mendoakan kesejahteraan pelakon drama bersiri Dunia Baru itu.

Rakan-rakan selebriti seperti Ryzal Jaafar dan Sherry Ibrahim turut sama-sama memberikan kata-kata semangat kepada Elyana.

Terdahulu, Elyana mendedahkan dia dimasukkan ke hospital bagi melengkapkan rawatan radioterapi atas saranan doktor.

ARTIKEL BERKAITAN: “Masya-Allah, Saya Pula Nak Nangis” – Neelofa Sebak, Kagum Lihat Elyana Tetap Senyum & Ceria Dalam Kesakitan

Dalam pada itu, pihak hospital turut memberikan Elyana susu bagi menaikkan semula berat badannya.

Padin