Categories: Trending

Kongsi Momen Jalani Ibadah Umrah Bersama, Penampilan Scha Alyahya & Awal Ashaari Dipuji Netizen – “2 Ketul Ni Pakai Apa Pun Stylo”

Pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari tampil berkongsi momen mereka sedang menjalani ibadah umrah di tanah suci Makkah, baru-baru ini.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Scha selepas memuat naik foto bersama suaminya, Awal menerusi platform Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Scha dan Awal kelihatan segak mengenakan jubah berona sedondon untuk beribadah ketika berada di sana.

“Suka mirror selfie la cik abang ni,” tulisnya.

Sering dipuji dengan penampilan mereka yang sangat luar biasa ketika berfesyen, pasangan ini bagaimanapun turut meraih pujian biarpun berpakaian lengkap untuk menunaikan ibadah.

Malah, ada juga dalam kalangan netizen memuji kecantikan Scha mengenakan tudung dan mendoakan agar dirinya aktres itu istiqamah.

Fatin Nurain