Anggunnya! Penampilan Jihan Muse Di AJL37 Jadi Bualan, Ramai Samakan Dengan Mira Filzah

Selepas melahirkan anak kedua, pengacara Jihan Muse tampil mengendalikan acara tahunan TV3, Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) bersama hos gandingannya, Sherry Alhadad, Ahad lalu.

Selain memeriahkan suasana di malam berprestij itu, penampilan Jihan turut memukau ramai penonton dengan keanggunannya mengenakan dress berwarna pink terang sentuhan pereka fesyen, Rizman Ruzaini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Jihan telah memuat naik busana yang dikenakannya pada malam tersebut sekali gus menjadi bualan dalam kalangan pengikutnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya masih terpegun dengan kecantikan pengacara itu yang pertama kali membuat penampilan semula selepas cuti bersalin.

Malah, ada juga yang menyatakan seri wajahnya itu dikatakan persis pelakon terkenal, Mira Filzah.

 

Fatin Nurain