Nadiya Nisaa atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa’ merupakan seorang pelakon yang telah lama mencipta nama dalam industri hiburan dan tidak dapat dipertikaikan bakatnya.
Pelakon yang mampu membawa pelbagai watak sehingga penonton turut terbuai emosi bersama ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Penyiaran dari UiTM Shah Alam.
Jadi, ini antara perkara menarik yang ramai tidak tahu tentang Nadiya Nisaa.
Nadiya berkongsi bahawa dia telah meminati kumpulan KRU sejak umurnya 5 tahun lagi. Sebagai peminat tegar dia mengakui menghafal semua lirik dan tarian kumpulan tersebut. Malah, dia pernah membuat persembahan ketika Family Day.
“Saya peminat KRU sejak saya berumur lingkungan 5 ke 6 tahun macam itu, memang saya dah hafal lagu-lagu KRU semua. Saya hafal tarian semua dan saya pernah membuat persembahan ketika family day tempat kerja ibu saya dengan adik beradik lain. Semestinya saya cop jadi Yusry,”
Awas… Awas… Awas… Gerak langkahmu
Nadiya berkongsi bahawa dia juga seorang yang takut kepada semua jenis binatang. Malah, pernah menolak tawaran berlakon apabila diminta membawa watak sebagai pencinta kucing.
“Saya penakut binatang. Semua jenis binatang saya takut, rama-rama pun takut, burung pun kalau nak pegang saya takut.
“Saya pernah menolak satu tawaran tele atau drama tak silap saya, dia ni penggemar kucing… memang saya tak boleh buat!”
Tapi, Nadiya dapat atasi ketakutan tersebut dan pernah jadi bestfriend kerbau dalam filem CUN!
Bukan sahaja takut dengan binatang di darat! Nadiya juga mempunyai ketakutan dengan air dan hidupan dalam air.
“Saya takut dengan air sebab saya rasa kalau saya masuk dalam air saya akan mati! Saya rasa macam saya tengok benda-benda, ikan-ikan Ya Allah (menjerit), dah lah saya takut dengan benda didarat apatah lagi dilaut, pastu dia dunia lain. Saya tak rasa saya boleh survive bawah tu”
Walaupun takut, Nadiya dah belajar berenang dan berjaya cecah 8 kaki kedalaman! Well done!
Nadiya juga berkongsi bahawa rakan-rakan artis lain berasa dirinya seorang yang ‘annoying’ kerana suka membuat lawak hambar.
Korang rasa hambar tak?
MasyaAllah, hebatnya perancangan Allah SWT🧡🧡🧡
Tahniah Uqasha & Kamal. Baby mesti cantik macam mak dia❤️❤️❤️❤️
Alahai Jayden! Makin besar, makin bijak soalan dia bikin min sebak🥺
Ingatkan Malaysia je panas, industri hburan pun panasssss ek.
Macam-Macam hal lah.. dengar kata apa yang lagi parah ni🔥🔥🔥
Pelakon Meerqeen tampil mengakui dia pernah bertemu dengan kekasih gelap penyanyi dan pelakon Aliff Aziz,…