Netizen Minta Naim Daniel Perjelas Konsep Nyanyi Terbalik… Ada Individu Terjemah Persembahan Berkait Dengan Dewi Greek?

Sejak semalam, persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 penyanyi Naim Daniel menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet.

Naim yang tampil berani menyanyikan lagu berjudul Mainan dalam keadaan tergantung terbalik (upside down) sepanjang persembahan mengagumkan ramai peminat.

Susulan itu, ada yang mengakui tidak sabar untuk mendengar penjelasan Naim Daniel mengenai konsep dan maksud disebalik persembahannya itu.

“Sumpah tak expect la performance Naim Daniel tu… tak sabar tunggu dia explain konsep dan maksud sebalik performance tu,” tulis seorang warganet.

Dalam pada itu, ada seorang warganet lain memberi pendapat peribadinya dengan menterjemahkan persembahan Naim seperti mencabar Aphrodite iaitu Dewi Yunani yang terkenal dengan kuasa cinta

“Mainan (lagu) itu kira macam cabar Aphrodite (dewi Yunani yang terkenal dengan kuasa cintanya) rules la kan.

“Walaupun dorang dah diukir jadi batu, manusia masih percaya. Cuba pusingkan kamera… Naim mewakili manusia, Geng putih itu mewakili dewa dewi Greek,” katanya.

Namun begitu, ada yang berpendapat bahawa persembahan Naim malam tadi adalah berdasarkan konsep albumnya.

Artikel Berkaitan: AJL37: Nyanyi Gantung Terbalik Sepanjang Persembahan, Naim Daniel Akui Tak Mudah Kawal Vokal – “Saya Jalani Training ‘Brutal’”

Atiqah Johari