Categories: Trending

Korban Palu Hari Kelapan, 1,571 Jasad Ditemui

Gempa bumi dan tsunami yang berlaku lapan hari lalu di Pulau Sulawesi kini mengorbankan sebanyak 1,571 nyawa setakat ini.

Pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan amaran mengenai ancaman penyakit di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, harapan untuk menemui mangsa yang hidup tetap ada, walaupun ia semakin menipis.

“Sebahagian besar mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna, sekali gus mendedahkan ancaman kepada penyelamat.

“Kami perlu berhati-hati bagi mengelakkan sebarang pencemaran.

“Walaupun kesemua anggota penyelamat sudah diberi suntikan vaksin, kami masih perlu berhati-hati kerana mereka terdedah kepada elemen yang boleh membahayakan kesihatan.

“Kebimbangan ini turut membabitkan orang awam, kerana sukar untuk mengawal kehadiran mereka. Mereka mungkin terdedah kepada bahaya,” kata jurucakap pasukan mencari dan menyelamat Indonesia, Yusuf Latif kepada AFP dari Palu.

Ketika ini, pihak berkuasa masih belum secara rasminya menamatkan operasi menjadi mangsa yang terselamat.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, memohon bantuan segera bernilai AS$50.5 juta (RM209.3 juta) bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di Indonesia. – AFP

SGMS Faida