Trending By: SGMS Faida October 6, 2018 @ 3:30pm

Korban Palu Hari Kelapan, 1,571 Jasad Ditemui

Gempa bumi dan tsunami yang berlaku lapan hari lalu di Pulau Sulawesi kini mengorbankan sebanyak 1,571 nyawa setakat ini.

Pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan amaran mengenai ancaman penyakit di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, harapan untuk menemui mangsa yang hidup tetap ada, walaupun ia semakin menipis.

“Sebahagian besar mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna, sekali gus mendedahkan ancaman kepada penyelamat.

“Kami perlu berhati-hati bagi mengelakkan sebarang pencemaran.

“Walaupun kesemua anggota penyelamat sudah diberi suntikan vaksin, kami masih perlu berhati-hati kerana mereka terdedah kepada elemen yang boleh membahayakan kesihatan.

“Kebimbangan ini turut membabitkan orang awam, kerana sukar untuk mengawal kehadiran mereka. Mereka mungkin terdedah kepada bahaya,” kata jurucakap pasukan mencari dan menyelamat Indonesia, Yusuf Latif kepada AFP dari Palu.

Ketika ini, pihak berkuasa masih belum secara rasminya menamatkan operasi menjadi mangsa yang terselamat.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, memohon bantuan segera bernilai AS$50.5 juta (RM209.3 juta) bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di Indonesia. – AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 1 Sep 2020

Bakal Bergelar Ibu, Zahirah MacWilson Umum Hamil 6 Bulan

Tak sabar nak tengok baby, mesti comel ????

Trending Sat, 29 Jan 2022

Fenomena ‘Ikatan Cinta’ Bakal Pukau Penonton Malaysia, Sinetron No 1 Indonesia Ini Kini Ditayangkan di TV9!

Ikatan Cinta, sebuah karya meruntun jiwa arahan Doddy Djanas telah mewarnai saluran TV9 pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7.40 malam bermula 26 Januari lalu. Barisan pelakon hebat seperti Amanda Manopo, Glenca Chysara, Evan Sanders,

Featured Wed, 24 Mar 2021

“Rumah Sebesar Saiz Tandas.. ” – Ebit Lew Luas Misi Bantuan Ke Afrika

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sering menjadi tumpuan ramai tatkala pelbagai masalah melanda dalam masyarakat. Beliau bukan sahaja aktif melakukan aktiviti kebajikan malah sering kali membantu golongan masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan bangsa. Terbaru,

Trending Thu, 5 Dec 2019

Paus Sperma Ditemui Mati Terdampar

Derita Perut Dipenuhi 100 Kg Sampah Sarap

| Live TV