Categories: Trending

Lagi Bantuan Tambahan Dalam Masa Terdekat – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan, kementeriannya boleh merangka penambahbaikan bagi membantu rakyat dan perniagaan yang terkesan sebaik sahaja perincian dan prosedur operasi standard (SOP) itu dimuktamadkan.

Dan kini kerajaan sedang mengkaji semua langkah sedia ada selain bantuan tambahan yang boleh dilaksanakan pada fasa kedua, ketiga dan keempat Pelan Pemulihan Negara.

“Kita sedang mengkaji pelanjutan program ini bagi menyokong sektor-sektor yang tidak boleh dibuka sehingga fasa ketiga atau keempat.

“Satu contoh langkah yang akan kita kaji ialah subsidi upah, setakat Mei 2021, RM15 bilion telah dibelanjakan dalam Program Subsidi Upah yang memanfaatkan lebih dari 330,000 majikan dan 2.7 juta pekerjaan dan ini menampung 7.1 juta rakyat dari segi purata isi rumah.”

Program ini juga telah dilanjutkan untuk tempoh sebulan lagi bagi semua sektor dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion.

Menurutnya lagi, melalui perbincangan awal di Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), kerajaan sedia menyediakan peruntukan tambahan dalam masa terdekat bagi membantu rakyat dan perniagaan yang terkesan.

 

Sumber  : Awani

Salma Syahbuddin