Categories: Trending

Populariti Makin Merudum Lepas Kahwin? Mira Filzah Kerja Terlampau Kuat Sejak 2016

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah yang digelar Malaysian Sweetheart ini lebih terbuka dan selesa menyerahkan kepada peminat untuk  mengukur tahap populariti beliau.

Perkara ini dikongsi Mira menerusi ruangan  Ask me Question bersama peminatnya pada Jumaat.

Soalan yang diajukan oleh salah seorang followers Mira ini menarik perhatian memandangkan ini adalah soalan ‘panas’ kepada seseorang artis apabila sudah berumah tangga.

Terpulang kepada peminat!

Bagaimanapun Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, menegaskan ianya terpulang kepada peminat untuk menilai tahap populariti tersebut. Memandangkan, Mira sudah bekerja keras dalam tempoh empat tahun tersebut.

“Bergantung pada korang nak menilai bagaimana populariti itu…kerana Mira dah push kuat sangat sejak tahun 2016 sampai 2016”

“Kerja, kerja dan kerja. Shooting lagi lah back to back. Non stop”

Justeru itu, Mira mengambil peluang biarlah kali ini ruang dan masa itu diberikan kepada suami dan keluarga kerana, suatu hari nanti diri sendiri yang akan tentukan apakah perkara yang menjadi keutamaan dalam hidup.

“Saya harus mengehadkan diri saya dari menjalani penggambaran dan saya happy to do that. Gembira dapat bersama suami, insyaAllah kalau nanti ada rezeki baby, lagi lah…”

“Sampai satu tahap nanti, anda sendiri yang akan tentukan apakah perkara yang menjadi keutamaan dalam hidup” tulisnya.

Terdahulu,  Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar mendirikan rumahtangga pada 3 September 2020.

Salma Syahbuddin