Syafiq Kyle & Mimi Lana Kembali Bersama, Sedia Untuk Berumah Tangga

Pasangan serasi, Mimi Lana dan Syafiq Kyle kembali menjalinkan hubungan cinta setelah berpisah baru baru ini.

Menurut Mimi lagi pelbagai perkara berlaku yang mengajar dirinya untuk menjadi lebih matang sepanjang enam tahun menjalinkan hubungan bersama Syafiq Kyle. 

“Alhamdulillah, hubungan saya dan Syafiq kini baik-baik sahaja. Apa yang dapat disimpulkan, inilah adalah peluang kedua diberikan, jadi percintaan kami semakin matang.

“Kami sudah lama menjalinkan hubungan cinta, hendak masuk enam tahun. Setiap tahun, daripada tahun pertama hingga sekarang, banyak perkara dipelajari. Antaranya, jika mahu selesaikan sesuatu masalah, kita kena sama-sama menghadapinya dengan cara lebih matang,” luahnya kepada BH Online.

Malah, Mimi turut meluahkan dia kini bersedia untuk menjadi seorang isteri namun bukanlah dalam waktu yang terdekat.

“Tarikh perkahwinan memang tiada lagi. Jika nak diikutkan, saya memang sudah bersedia untuk berumah tangga. Cuma, saya tidak tahu bila. Cepat atau lewat, soal jodoh biarlah Allah yang tentukan.

“Pada waktu ini, saya hanya mahu menjadi seorang insan dan wanita yang lebih baik. Apapun, saya percaya, jika niat murni, Tuhan akan permudahkan,” jelas Mimi.

Mimi juga percaya rezekinya sebagai pelakon tetap terbuka luas  sekiranya dia berumah tangga.

Apapun, lakonan Mimi dalam drama Masih Ada Rindu yang ditayangkan di TV3 semakin mendapat perhatian ramai. Jangan lupa saksikan Masih Ada Rindu setiap Isnin- Khamis jam 7 petang hanya di TV3.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”