Parlimen Laksana WFH Hingga 28 Jun

Parlimen Malaysia akan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bermula 15 hingga 28 Jun 2021.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu pengumuman dalam ciapan twitter Parlimen Malaysia pada Jumaat.

BDR yang dilaksanakan selaras dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa 1 – penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial – yang dikuat kuasakan oleh kerajaan.

Kenyataan itu dikeluarkan sehubungan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Baginda dalam satu kenyataan Istana Negara baru-baru ini, bertitah demikian bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dapat dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.

Walau bagaimanapun, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh hubungi talian hotline Bilik Operasi Parlimen Malaysia di talian 03-26036106 / 03- 26017222 / 03- 20721955.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”