Categories: Trending

Lagi Kes Bayi Ditemui, Kali Ini Di Atas Jejantas Kampung Pandan!

Alahai…mana letak hati perut kamu bila bayi yang tak berdosa itu dibuang begitu saja?

Meskipun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah sosial ini, masalah ini masih berlaku.

Semalam, seorang bayi perempuan ditemui di dalam sebuah beg di laluan pejalan kaki di jejantas Jalan Kampung Pandan off Jalan Imbi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah berkata bayi yang masih mempunyai tali pusat itu ditemui tiga pekerja kontraktor pembersihan pada Ahad lalu.

” Mereka menemui beg berwarna hitam di laluan pejalan kaki di jejantas itu dan pemeriksaan membawa kepada penemuan bayi yang dibalut dengan kain batik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bayi itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Shaharuddin berkata bayi seberat 2.45 kilogram yang lahir cukup usia kandungan dan sifat itu dianggar dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui, dan kini ditempatkan di Wad Kanak-Kanak HKL sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Afrizal Aizat Md Ariff di talian 012-7883138. — Bernama

SGMS Faida